Tuesday, 21 June 2011

Perihal Cheqma Dan Lagu

Assalamualaikum w.b.t pembuka kata,

Bak Kata P.Ramlee...Irama dan Lagu tak dapat dipisahkan. Macam tu jugak kisah saya dan lagu. Ya, hobi saya menyanyi. Kalau kat rumah, agak jarang untuk saya menyanyi ( Almaklumla, rumah bersebelahan masjid ). Kalau menyanyi pun, bilik air lah lokasi kegemaran, sambil saya putarkan lagu-lagu dalam handphone saya...heeeee

 
 
Kat luar pulak...hm  apalagi, karaoke lah! Ouh bestnya...sekali saya dah pegang mic, beratnya hati nak bagi orang lain pegang mic pulak. haha saya suka pergi karaoke dengan kawan-kawan, and sekarang syukur Alhamdulillah, saya dapat BF yang sekepala dengan saya. Ada masa terluang, itu ja peluang yang saya cari, pergi karaoke!

Perihal lagu..hm, dalam kotak kenangan saya, ada 2 lagu yang akan saya ingat sampai bila-bila :-

1) Dealova - Once : Oh, lagu rasmi saya dan ex-BF dahulu. Baik orangnya, penyabar dan banyak berkorban untuk saya. Dan sampai sekarang, saya dan dia masih berkawan baik - dia baru berkahwin bulan lepas...ouhh dan saya sedih sangat sebab tak sempat pergi kenduri dia, sedangkan awal-awal lagi saya dijemput. ( Muhammad Nur B. Mustafa, Selamat Pengantin Baru buat awak dan Pn. Isteri, saya gembira kenal dengan awak. Ya, awak bekas kekasih saya, dan kini awak adalah kawan saya, dunia dan akhirat ). :))

2) Lucky - Colby Caillat & Jason Mraz : Ini adalah lagu rasmi saya dan ex-BF saya yang terakhir...BF yang 7 tahun lebih muda dari saya. Oh ya, dan saya masih berhubung baik dengannya ( satu fakta tentang Cheqma, tak suka bermusuh dengan sesiapa ). Kisah saya dan dia sekejap sahaja...tetapi jalan cerita kami memang menarik. :))

* Saya dan kesayangan saya sekarang, Mohd Shahrizal Mohd Nazri tiada lagu rasmi. Jodoh adalah ketentuan Allah dan lagu tak akan memberikan apa-apa kelebihan pada sesuatu perhubungan. Ya, itu sudut pandangan saya sendiri. Terima Kasih b...saya tak perlu lagu rasmi kita, saya cuma perlukan kasih sayang awak sahaja :)) Saya harap lagu Selamat Pengantin Baru la lagu rasmi terakhir kita nanti...haha insyaAllah <3

~Oh Cheqma~

Sepatu Cinderella Cheqma

Assalamualaikum w.b.t. pembuka kata,


Haha. Perihal epik dongeng. Tapi saya punya cerita memang real dan wujud ok. Ya, dan hakcipta sepatu cinderella cheqma adalah terpelihara ( buat sempoi sekali sekala takpa kan? ) :))

Alkisah. Ini bukanlah kasut kaca huluran sang putera raja ataupun heels / wedges yang cantik dan menarik. Tapi ini cuma kasut sport lusuh dan lama ; BUM Equipment yang saya pakai 6 tahun yang lalu. Saya pakai every Saturday sewaktu bekerja di Pearl View Hotel.

And yes, banyak kisah suka duka yang saya alami masa saya kerja di sana. Pahit manis saya kumpul dalam kotak kenangan saya, yang akan saya kenang sampai bila-bila... :))

Dipendekkan cerita, saya dilamun cinta dengan sang lelaki ini; yang sudahpun menjadi buah hati duka dan lara saya sepanjang 8 bulan ini. Ya, masih baru bunyinya tetapi bagi saya harapnya ini yang terakhir dan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin...insyaAllah.

Ok, saya tak pandai berkarang; dan kalau buat juga saya akan melalut. Nahh...ini sinopsis cerita sepatu cinta saya. Nak cerita lebih, bosan bunyinya nanti. Dan ini adalah cerita cinta saya dan dia, Si Athong.

Memang siapapun takkan faham. Dan saya sendiri masih tersenyum kalau dengar si dia cerita pasal hat sepatu ini dan bibit 6 tahun lalu. Kalau masih ada yang berminat nak fahami cerita ni, beritahu saya, saya akan rakamkan cerita ini dari mulut sang jejaka sendiri. Ok, saya berhenti membebel di sini. :))

* Ini sepatu `couple` kami yang terbaru. hehe <3

~Oh Cheqma~

Ceritera Titanic Kami

Assalamualaikum w.b.t pembuka kata,

Inilah akibatnya kalau dah lanjut baru tergedik-gedik nak buat blog. Haha maaf, saya terkejar masa. Dan sekarang saya terlalu rindu nak memblogkan kisah saya dengan korang ; kengkawan; cinta hati saya :))

Ya, dalam awal tahun ni, si pakwe ada buat kejutan. Last minute tanpa dirancang ajak pergi bercuti atas kapal ; serabut dengan kawan-kawan katanya. Dan bagi perempuan macam saya, of course saya happy bila diajak bercuti. Tapi bab last minute tu, lepas kerja dan without any preparation terus terjah bercuti? Oh, mmg agak gila bunyinya ( dan BF saya memang gila-gila orangnya ). Tapi saya anggukkan saja, sebab kos ditanggung sepenuhnya oleh sang BF.heeeee.




* Balik je dari vacay tu, si dia ambil MC terus. haha, penat dgn vacay yg dirancang sendiri gamaknya. Dan saya sebagai pekerja bertanggungjawab (kononya) pergi kerja macam biasa, letihnya ya Allah...Tuhan saja yang tau.

*Thanx b for the short + surprise vacay <3

~Oh Cheqma~