Bak Kata P.Ramlee...Irama dan Lagu tak dapat dipisahkan. Macam tu jugak kisah saya dan lagu. Ya, hobi saya menyanyi. Kalau kat rumah, agak jarang untuk saya menyanyi ( Almaklumla, rumah bersebelahan masjid ). Kalau menyanyi pun, bilik air lah lokasi kegemaran, sambil saya putarkan lagu-lagu dalam handphone saya...heeeee
Kat luar pulak...hm apalagi, karaoke lah! Ouh bestnya...sekali saya dah pegang mic, beratnya hati nak bagi orang lain pegang mic pulak. haha saya suka pergi karaoke dengan kawan-kawan, and sekarang syukur Alhamdulillah, saya dapat BF yang sekepala dengan saya. Ada masa terluang, itu ja peluang yang saya cari, pergi karaoke!
Perihal lagu..hm, dalam kotak kenangan saya, ada 2 lagu yang akan saya ingat sampai bila-bila :-
1) Dealova - Once : Oh, lagu rasmi saya dan ex-BF dahulu. Baik orangnya, penyabar dan banyak berkorban untuk saya. Dan sampai sekarang, saya dan dia masih berkawan baik - dia baru berkahwin bulan lepas...ouhh dan saya sedih sangat sebab tak sempat pergi kenduri dia, sedangkan awal-awal lagi saya dijemput. ( Muhammad Nur B. Mustafa, Selamat Pengantin Baru buat awak dan Pn. Isteri, saya gembira kenal dengan awak. Ya, awak bekas kekasih saya, dan kini awak adalah kawan saya, dunia dan akhirat ). :))
2) Lucky - Colby Caillat & Jason Mraz : Ini adalah lagu rasmi saya dan ex-BF saya yang terakhir...BF yang 7 tahun lebih muda dari saya. Oh ya, dan saya masih berhubung baik dengannya ( satu fakta tentang Cheqma, tak suka bermusuh dengan sesiapa ). Kisah saya dan dia sekejap sahaja...tetapi jalan cerita kami memang menarik. :))
* Saya dan kesayangan saya sekarang, Mohd Shahrizal Mohd Nazri tiada lagu rasmi. Jodoh adalah ketentuan Allah dan lagu tak akan memberikan apa-apa kelebihan pada sesuatu perhubungan. Ya, itu sudut pandangan saya sendiri. Terima Kasih b...saya tak perlu lagu rasmi kita, saya cuma perlukan kasih sayang awak sahaja :)) Saya harap lagu Selamat Pengantin Baru la lagu rasmi terakhir kita nanti...haha insyaAllah <3
~Oh Cheqma~
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.