Thursday, 9 February 2012

Romantik : Antara Drama dan Realiti.

Romantik : Antara Drama dan Realiti.

Assalamualaikum w.b.t.

Tak terfikir saya nak tulis berkaitan isu ni dan langsung meng-update-blog saya sebab saya di ulit momen-momen yang romantik semalam. Ya, semalam tunang saya bertindak romantik di luar kawalan ( dalam telefon ok ) gara-gara saya asyik meng-update status di Facebook. Sekarang ni banyak kisah kat drama-drama tv berkaitan ceritera cinta, sehingga sang gadis hanyut dengan lakonan si pujangga yang amat mempesonakan. Itulah drama :)

Isu semalam. Hanya nak berkongsi tanpa niat riak di hati, kenapa tunang saya begitu romantik semalam. Dua hari lepas saya mengomel kenapa lelaki tak boleh romantik macam hero dalam drama tu? Saya bercakap tanpa hiraukan perasaan dia dan secara tak langsung saya sudahpun mengguris perasaan dia, oh kejamnya saya. Acapkali jugalah si tunang bertanya, bagaimana cara nak jadi romantik macam mereka? Saya senyum.Telefon bimbit saya bermasalah, dia gagal hubungi saya, berpuluh missed call saya terima dan bila saya dengar suara dia, sebak mungkin sebab risaukan saya. Semalam saya sedar yang dia memang sayangkan saya, bukankah itu romantik namanya? Masa tu juga terkeluarlah sajak bagai dikarang, walhal skripnya baru di tatap dari hati.

Dua hari lepas, saya dan tunang pergi ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan HIV bagi pasangan yang akan berkahwin. Semasa menunggu untuk dicucuk di hadapan makmal, Saya dan tunang duduk di kerusi. Di sebelah kiri saya, seorang ibu mengandung yg menunggu giliran seorang diri. Muka sayu tapi berseri keibuan di wajahnya sambil menggosok perut..Di sebelah kanan, si ibu muda baru berjalan menuju ke makmal...muka gembira dan duduk sambil menunggu giliran..selepas beberapa minit, si suami datang dan duduk di sebelah..ya, mereka nampak bahagia, mungkin anak sulung gamaknya. Dalam hati saya berdetik, bahagianya mereka, dan saya sendiri tak sabar nak alami pengalaman macam tu. Apa yg saya nak simpulkan, bahagia dan romantik ada banyak caranya, kerjasama dan tolak ansur pasangan juga begitu...ya, saya gembira sebab tunang saya banyak beri kerjasama dalam persiapan perkahwinan. Bukan wang ringgit yang saya betul-betul perlukan, tapi tenaga tulang empat kerat dan idea dari mulut dia yang saya pinginkan.

Hakikatnya, semua lelaki ada sifat romantik yang tersendiri. kalau tidak masakan si gadis boleh terpikat, betul tak? Cuma cara dan komunikasi yang berbeza, ada yg suka menunjuk, dan ada yg simpan di dalam hati. Saya juga yakin, ego lelaki kadang2 juga membataskan sifat romantik mereka. Kalau dalam drama tv semua impikan lelaki romantik macam tu, semua dah lihat, benda tu hanya lakonan, dan benda tu juga hanya tontonan...sedangkan kita tak sedar yang pasangan kita ada buat perkara yang sama, cuma kita terlepas pandang dan orang lain tak nampak...kan? :)

Buat sang lelaki dan perempuan, dan juga diri saya sendiri...hargailah pasangan anda. Sekhilaf mana pun pasangan kita, dia tetap pilihan kita. Tiada yang sempurna dalam dunia, yang tidak sempurna itulah yang melengkapkan. Jangan di beri alasan untuk menyintai seseorang...bukan wang ringgit sebagai alasan. Kalau tak mampu nak beli bunga yang harganya berpuluh ringgit di kedai, cukuplah sekadar memandu, singgah di tepi jalan, petik bunga segar yang baru tumbuh di taman ( minta izin dulu ok ) dan hulurkan pada pasangan. Tidakkah romantik begitu? Kalau yang dihulurkan tu bunga tahi ayam sekalipun, saya pasti pasangan pasti terharu :) Realitinya, banyak cara romantik yang boleh diekspresikan. tanyalah orang tua-tua, yang mana makan garam dulu, tak semuanya indah dalam perhubungan, tapi yang kurang itu insyaAllah, mesti ada kelebihan yang kita akan nampak.



~Oh Cheqma~

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.